Belajar Seni Beladiri Di SRS
Training & Consultancy
Pusat Latihan Beladiri
Sekeluarga Yang Terunggul Di Malaysia
PROGRAM
YANG DITAWARKAN:
BELADIRI
WANITA
Sekolah Rendah (Umur 7 - 12)
Kelas Remaja (Umur 13 - 17)
Kelas Dewasa (Umur 18 Keatas)
Program Keluarga (Umur 7 Tahun Keatas )
Program Lanjutan
Anda mencari pusat Seni
Mempertahankan Diri yang berpatutan untuk diri sendiri
dan/atau anak-anak anda? Sebuah sekolah yang tidak
memerlukan masa yang lama untuk mahir? Anda kini berada di tempat yang
betul! SRS Training & Consultancy - sekolah seni beladiri Silat
Lintau menawarkan kelas beladiri berorientasikan keluarga dan ditujukan
kepada semua peringkat umur dari 4 tahun keatas. Latihan yang
dijalankan di SRS
Training & Consultancy termasuk teknik tangan kosong dan kaki,
senjata, tempur dan langkah-langkah keselamatan.
LATIHAN KAMI TIDAK MEMERLUKAN
MASA YANG PANJANG. SEBAGAI AHLI, ANDA BOLEH BERHENTI MENGIKUTI
MANA-MANA PROGRAM DENGAN MEMBERIKAN NOTIS 30 HARI. SYARAT INI
MENJADIKAN KAMI UNIK BERBANDING SENI BELADIRI LAIN YANG MEMERLUKAN MASA
PANJANG UNTUK BELAJAR. ANDA BOLEH BERHENTI SEKIRANYA
ANDA RASA LATIHAN KAMI TIDAK SESUAI UNTUK ANDA ATAU ANAK ANDA.
Matlamat kami di SRS Training &
Consultancy ialah untuk membantu setiap
penuntut mencapai potensi sepenuhnya dan menjadi rakyat yang lebih baik
dalam komuniti masing-masing.
Silat merupakan satu opsyen yang
baik untuk mencapai tahap kesihatan atau untuk mengekalkannya. Latihan
Beladiri Lintau
mempunyai beberapa faedah selain daripada bersilat. Ianya termasuk
Kawalan Diri, Beladiri, dan Disiplin. Latihan yang dijalankan
di SRS Training &
Consultancy adalah lebih dari sepak
terajang, ianya memberi peluang penuntut untuk menguatkan jasmani dan
rohani. SRS Training &
Consultancy mempunyai program yang
membenarkan ibubapa dan anak untuk berlatih dan belajar bersama, tidak
seperti sukan yang lain.